Friday, October 31, 2014

PEMANIS TIRUAN DAN OBESITI !

Adakah Pemanis Tiruan baik untuk diet?


Jawapannya adalah tidak dan video di bawah ini menerangkan lebih jelas.

Anda akan berfikir banyak kali untuk mengambil pemanis tiruan selepas menonton video ini..





Pemanis stevia dari Dr.Sweet merupakan pemanis yang semulajadi dari daun stevia bukan pemanis tiruan seperti mana sucralose yang sudah jelas melalui proses kimia.

Sudah masanya untuk anda beralih kepada pemanis stevia Dr.Sweet untuk memaniskan hidup anda...

Wednesday, October 29, 2014

GULA PEMUSNAH KESIHATAN

Semua tahu gula berbahaya kepada kesihatan.
Pasti anda pun tahu tentang ini bukan ?

Sebagai peringatan kepada kita semua, 
kami ingin kongsikan beberapa sebab kenapa gula merbahaya 
dan boleh memusnahkan kesihatan kita.

Gula merbahayakan kesihatan
Tahukah Anda ?
  • Gula boleh menekan sistem imun anda. 
  • Gula mengganggu kaitan mineral dalam badan. 
  • Gula boleh menyebabkan kenakalan pada anak-anak. 
  • Gula dimakan semasa mengandung dan menyusukan anak boleh mempengaruhi pengeluaran tenaga otot pada keturunannya, yang boleh menjejaskan keupayaan seseorang untuk bersenam. 
  • Gula dalam soda, apabila dimakan oleh kanak-kanak, menyebabkan anak-anak kurang minum susu.
  • Gula boleh meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin dan mengembalikan ke tahap yang lebih lambat dalam pengguna kontraseptif oral. 
  • Gula boleh meningkatkan spesies oksigen reaktif (ROS), yang boleh merosakkan sel-sel dan tisu. 
  • Gula boleh menyebabkan hiperaktif, kebimbangan, ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian dan mudah tersinggung pada anak-anak. 
  • Gula boleh menghasilkan peningkatan yang ketara dalam trigliserida. 
  • Gula mengurangkan keupayaan badan untuk mempertahankan terhadap jangkitan bakteria.
  • Gula menyebabkan penurunan keanjalan tisu dan fungsi - lebih banyak gula diambil, lebih banyak keanjalan dan fungsi akan hilang. 
  • Gula mengurangkan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL). 
  • Gula boleh membawa kepada kekurangan kromium. 
  • Gula boleh membawa kepada kanser ovari. 
  • Gula boleh meningkatkan tahap glukosa puasa. 
  • Gula menyebabkan kekurangan kuprum. 
  • Gula mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium dalam badan.
  • Gula boleh membuat mata lebih terdedah kepada degenerasi makula yang berkaitan dengan usia. 
  • Gula meningkatkan tahap neurotransmitter: dopamin, serotonin dan norepinephrine. 
  • Gula boleh menyebabkan hipoglisemia. 
  • Gula boleh menyebabkan saluran pencernaan berasid. 
  • Gula boleh menyebabkan peningkatan mendadak tahap adrenalin kanak-kanak. 
  • Gula boleh menyebabkan penuaan pra-matang. 
  • Gula boleh membawa kepada ketagihan alkohol. 
  • Gula boleh menyebabkan kerosakan gigi. 
  • Gula boleh menyebabkan obesiti. 
  • Gula boleh meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis ulseratif. 
  • Gula boleh menyebabkan gastrik atau ulser duodenum. 
  • Gula boleh menyebabkan artritis.

Terlalu banyak keburukan gula kepada kesihatan.
Anda sendiri yang tentukan apa yang terbaik untuk diri anda.
Adakah inginkan satu perubahan atau kekal dengan 

Sunday, October 26, 2014

KESAN NEGATIF GULA

Bahaya Gula memang terbukti
Dalam video di bawah ini menceritakan tentang kesan bahaya gula.



Dan video di bawah pula menunjukkan kebaikan stevia sebagai pengganti gula.
Klik link di bawah

DR.SWEET SUREVIA SPOONABLE PELBAGAI GUNA

Manis dalam makanan menjadi satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia..
Disebabkan kesan negatif gula, ramai yang mengalami masalah penyakit diabetes, obesiti, penyakit jantung dan lain-lain.

Tapi, dengan gula stevia terutama dari Dr. Sweet tidak menjadi masalah lagi.
Dr.Sweet Stevia Sugar merupakan revolusi gula bukan sahaja membolehkan menikmati rasa manis malah memberikan manfaat kesihatan kepada pengguna juga.

Anda boleh menikmati rasa manis tanpa rasa bimbang lagi.
SteviaSugar menyediakan gula dari stevia dalam pelbagai bentuk.
Salah satunya adalah
Dr.Sweet SureVia (Spoonable)


Sepertimana gula, 
Dr.Sweet SureVia Spoonable juga mempunyai pelbagai kegunaan.
Untuk makanan, minuman, masakan, serta pembuatan kuih dan kek.

Apa yang membezakan Dr.Sweet SureVia Spoonable dengan gula biasa adalah:

# Mempunyai rasa manis semulajadi dari stevia
# Tidak merbahayakan kesihatan
# Hanya sedikit sahaja diperlukaan untuk rasa manis seperti gula.
# Sesuai untuk mereka yang menitikberatkan kesihatan seperti kencing manis dan berat badan.


Hanya perlukan 1/2 sudu teh sahaja dalam minuman


Maklumat Pemakanan pada packaging 

Belum terlambat untuk anda menikmati kesihatan yang lebih baik.
Gantikan gula di dapur anda dengan Dr.Sweet SureVia Spoonable sekarang.
Dapatkan segera !!

Dimana boleh dapatkan produk ini ?

SteviaSugar Corporation Sdn Bhd
No 7-11, 7th Floor Wisma Central #384, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
Tel: 03-21660445, 21660446
Fax: 03-21660448
Email: info@stevia.com.my
Website: www.stevia.com.my


Thursday, October 23, 2014

RESEPI : JUS TEMBIKAI SEGAR

Kembali dengan resepi baru lagi.
Hari ini kami nak kongsikan satu resepi untuk anda lagi..

Resepi ini sangat sesuai untuk dinikmati semasa musim panas dan bila-bila masa sahaja.
Bagi yang sedang diet boleh la amalkan minum jus buah-buahan dengan stevia.


JUS TEMBIKAI SEGAR


Bahan-bahan :
3 cawan tembikai
1/4 cawan air 
1 biji limau (Perah dapatkan jus)
1 paket Dr.Sweet SureVia Stevia

Cara-caranya :
Kisarkan kesemua bahan kemudian tuangkan dalam gelas.
Lebih enak jika dinikmati bersama dengan ais.


Itu sahaja cara penyediaannya..
Sangat Senang..
Hanya perlukan lebih kurang 15 minit sahaja..

Resepi ini bukan sahaja sedap tetapi sangat bagus untuk kesihatan kerana mengandungi khasiat dari buah tembikai dan pemanis semulajadi stevia.

Selamat mencuba..


Friday, October 17, 2014

BUAT YOGURT DENGAN DR.SWEET STEVIA GOAT MILK

Anda Sukakan Yogurt ?

Bagi yang suka sangat dengan yogurt,
Di sini kami nak kongsikan cara bagaimana nak buat yogurt.
Mungkin anda tidak tahu,
Dr.Sweet Stevia Goat Milk 
boleh digunakan juga untuk dibuat yogurt..


CARA-CARA MEMBUAT YOGURT DR.SWEET

1. Bancuh Dr.Sweet Stevia Goat Milk menggunakan air suam.

Gunakan Dr.Sweet Stevia Goat Milk 1 sachet dalam air suam

2. Panaskan susu tadi di atas api sederhana sehingga mendidih.

Didihkan susu di atas api sederhana

3. Setelah mendidih, padamkan api dan masukkan dalam satu bekas.

Tuangkan dalam satu bekas

4. Biarkan susu tadi sehingga suhunya mencapai lebih kurang 41°C.

Tunggu sehingga suhu mencapai 41°C

5. Masukkan satu sudu besar yogurt asli dalam susu tadi dengan segera dan kacau.

Satu Sudu besar yogurt asli dimasukkan

6. Kemudian, tutupkan bekas dan biarkan buat seketika.

Tutup dengan segera selepas masukkan yogurt asli.

7. Simpan dalam peti ais untuk semalaman.

8. Selepas semalaman, yogurt siap untuk dinikmati.

Dah siap pun yogurt Dr.Sweet!

 Lebih enak jika ditambah dengan buah-buahan seperti strawberi, kiwi atau epal.

Yogurt dan buah-buahan !


Senang sahaja kan..

Apa istimewanya
Yogurt dari Dr.Sweet Stevia Goat Milk ?
- Mempunyai rasa manis semulajadi stevia
- Tekstur yogurt yang baik
- Kandungan susu kambing asli
- Semestinya sedap!

FROM THE TRUTH STORY - SUGAR NATION

Mahu elakkan diabetes ?
Kami cadangkan satu buku yang sangat bagus untuk dijadikan sebagai panduan kesihatan.

'Sugar Nation
Merupakan sebuah buku yang memaparkan kisah sebenar pergelutan 
seorang pemuda untuk mengawal hidup beliau 
dan menyelamatkan diri daripada kejadian yang sama menimpa ayahnya. 



Buku ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang bergelut dengan masalah 'Gula'..
Anda boleh jadikan buku ini sebagai panduan untuk hindari daripada penyakit diabetes.

Anda juga akan mendapat banyak tips untuk menanggani tabiat sukakan gula.

Untuk lebih lagi info boleh baca buku 
'Sugar Nation'
dari Jeff O'Connel..

Selamat Membaca 
dan 
Memperoleh kesihatan yang baik~

Thursday, October 9, 2014

DR.SWEET GOAT MILK - SUSU KAMBING ASLI

Ini adalah produk keluaran SteviaSugar Corporation Sdn Bhd
Produk Susu Kambing dengan Stebiana Stevia

Kandungan Dr.Sweet Stevia Goat Milk
# PH Beralkali
# Tinggi Selenium 
# Tinggi Protein
# Tinggi Kalsium
# Molekul Lemak Halus
# Manis & Rendah Kalori

Dr.Sweet Stevia Goat Milk (Sachet)

Keistimewaan Dr.Sweet Stevia Goat Milk berbanding Susu Kambing lain:
  • Keaslian Susu Kambing yang semulajadi
  • Tidak mengandungi gula
  • Tiada Non-Dairy Creamer
  • Mempunyai rasa manis semulajadi stevia
  • Boleh digunakan untuk buat yogurt
  • Senang dan cepat larut dalam air suam
  • Harga berpatutan
Dr.Sweet Stevia Goat Milk (Powder)

Dr.Sweet Stevia Goat Milk sesuai untuk:
~ Ibu mengandung / menyusu - Tenaga, pemulihan, cegah demam kuning
~ Pelajar - Kecerdasan minda, kekuatan sistem imun
~ Ahli Sukan / Golongan Aktif - Tenaga dan Stamina, kekuatan otot & tulang
~ Kanak-kanak - Cerdas minda, tumbesaran, cirit-birit, alahan, kekuatan sistem imun
~ Warga Tua - Tenaga, masalah sendi & tulang rapuh, penyakit lupa
~ Penderita Penyakit - Usus dan perut, fungsi sel imun, pemulihan selepas pembedahan, HIV-AIDS


Sebarang info boleh hubungi kami:

SteviaSugar Corporation Sdn Bhd
No 7-11, 7th Floor Wisma Central #384, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
T: 03-21660445, 21660446  
F: 03-21660448
Email: info@stevia.com.my
Website: www.stevia.com.my

RESEPI LAGI: AYAM MASAK SWEET SOUR & STEVIA

Jom Masak lagi !
Kali ini kami nak kongsikan masakan yang istimewa dengan anda. 
Sangat lazat untuk dinikmati bersama keluarga.

Resepi Hari ini adalah...

Ayam Masak Sweet & Sour


Ayam Masak Sweet & Sour

Bahan-bahan:
1kg ayam, dipotong kecil-kecil
1 sudu besar kicap
2 sudu besar mentega
½ sudu teh halia
1 telur putih
1 lada merah & hijau benggala, dihiris
1 cawan sos masam & manis

Untuk Sweet & Sour Sos:
¾ cawan air
1/3 cawan cuka epal
5 sudu teh Dr.Sweet SureVia Spoonable
1 sudu besar kicap
2 sudu besar tepung jagung

Cara-caranya:

  1. Perap ayam dalam sos soya selama kira-kira 30 minit.
  2. Cairkan mentega dalam kuali. Perlahan-lahan tumis halia.
  3. Celupkan ayam dalam putih telur dan disalut dengan baik. Goreng ayam dalam mentega sehingga berwarna keperangan.
  4. Tambah lada dan tumis selama 3-5 minit, sehingga lada mula melembut. Letakkan di atas pinggan bila masak.
  5. Untuk sos, masak bersama air, cuka, Dr.Sweet Spoonable dan sos soya dalam kuali.
  6. Larutkan tepung jagung dalam air, tambahkan dalam sos.
  7. Atas api sederhana, masak, kacau sentiasa sehingga pekat.
  8. Tuangkan sos di atas ayam yang sudah digoreng. Siap untuk dihidangkan.

Siap!!
Selemat Mencuba & Menjamu Selera~

Wednesday, October 8, 2014

REVOLUSI GULA SEMULAJADI DARI ALAM

Anda Sukakan manis ? 
Mestila kan sebabnya kebanyakan makanan ada gula.

Ada apa-apa masalah dengan gula ?
 Manis gula tidak baik untuk kesihatan. 

Jangan risau!!
Kerana kami ada penyelesaian bagi masalah itu..

Apakah penyelesaiannya ?
Dr.Sweet SureVia Stevia Drops



Apakah kelebihan Stevia Drops ?
# Semulajadi
# kalori sifar
# Mudah digunakan
# Mudah dibawa
# Tiada perasa tiruan
# Berpatutan

Bagaimana digunakan ?
1 titis SureVia Stevia Drops = 1 sudu teh gula

Apakah kegunaannya ?
# Masakan
# Minuman
# Mengurangkan masalah jerawat
# Merawat luka kecil, gatal 

Siapa boleh gunakan ?
Sesiapa sahaja termasuklah pengidap diabetes, 
individu yang menitikberatkan kesihatan dan berat badan.


Ini adalah revolusi gula semulajadi dari Dr.Sweet.
Semoga ianya membantu anda menjalani kehidupan yang sihat
Sekian~