Showing posts with label #Dr Sweet SureVia. Show all posts
Showing posts with label #Dr Sweet SureVia. Show all posts

Tuesday, September 23, 2014

PUDING VANILA DARI DR.SWEET

Resepi untuk hari ini adalah Puding Vanila. 

Bagi sesiapa yang ingin hidangkan Puding Vanilla ini untuk majlis hari jadi ke apa-apa majlis makan-makan boleh lah cuba resepi ini.

PUDING VANILA


Ini Bahan-bahan yang diperlukan :

1 1/2 susu besar tepung jagung
2 cawan susu sejuk
2 biji telur
6 paket SureVia Dr.Sweet
1/8 sudu teh garam
1 sudu vanila

Cara-caranya :
  1. Pukul tepung, susu sejuk, garam dan Dr.Sweet SureVia dalam satu bekas.
  2. Masukkan dalam periuk dan kacau di atas api sederhana sehingga campuran pekat.
  3. Apabila mula mendidih, matikan api dan masukkan perisa vanila.
  4. Tuangkan ke dalam cawan puding.
  5. Sejukkan sehingga betul-betul siap untuk dihidangkan.

Sudah Siap !
Sangat Mudah kan..

Selamat Mencuba~

Wednesday, September 17, 2014

SARAPAN DENGAN PANCAKE DR.SWEET

Kali ini kami kongsikan satu lagi resepi yang mana sangat sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi iaitu Pancake Dr. Sweet.

PANCAKE DR.SWEET


Bahan-bahanya:
1/2 cawan tepung 
2 paket SureVia Stevia 

Ini SureVia yang digunakan







2 biji telur 
1 sudu besar krim berat 
1/3 cawan air 
2 sudu besar minyak untuk menggoreng

Cara-caranya: 
  1. Campurkan semua bahan-bahan (kecuali minyak) dalam mangkuk sederhana,. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali di atas api yang sederhana. 
  3. Masukkan adunan ke kuali dengan membuat pancake 3 inci. 
  4. Masak selama kira-kira 3-4 minit atau sehingga bahagian bawah pancake berwarrna perang   keemasan. 
  5. Pusing dan masak sebelah lagi sehingga perang keemasan. 
  6. Keluarkan dan hidangkan semasa panas.

Dah siap pun. Senang, Simple dan Sihat.
Mudah untuk disediakan dan enak dimakan sebagai sarapan bersama dengan keju dan madu.

Selamat mencuba~