Banyak manfaat kesihatan dari susu kambing ini sebenarnya
(Boleh rujuk Kebaikan Susu Kambing)
Antaranya adalah boleh merawat dan mencantikkan kulit.
Kali ini kami akan kongsikan sedikit info
tentang kebaikan susu kambing untuk kecantikan kulit
# MELEMBUT, MENCERAH & MELEMBAPKAN KULIT
Susu kambing memiliki tahap pH yang sama dengan kulit dan
mengandungi protein, lemak, zat besi, vitamin C, vitamin D, vitamin B dan vitamin A.
# MERAWAT MASALAH JERAWAT & MEMBAIK PULIH KULIT
Susu kambing mengandungi alpha hydroxy asid semula jadi,
yang merupakan elemen semula jadi exfoliant yang menghilangkan sel-sel kulit mati dari kulit anda.
Oleh itu, secara tidak langsung juga dapat memperbaiki keadaan jerawat.
Vitamin yang terkandung dalam susu kambing mempunyai beberapa ciri anti-radang yang boleh membantu mengurangkan kemerahan jerawat.
# SESUAI UNTUK KULIT KERING, SENSITIF, EKZEMA & PSORIASIS
Susu kambing juga dipercayai mengandungi bahan-bahan semula jadi yang boleh mengatasi kulit daripada cahaya matahari, terutama bagi kawasan iklim tropika.
Penggunaan susu kambing secara kerap boleh mencegah kulit kasar, kering dan kusam.
# MENCEGAH KANSER KULIT
Kandungan mineral susu dan selenium adalah sangat penting untuk kesihatan kulit, yang dipercayai untuk mengelakkan kerosakan kulit dan kanser kulit.
No comments:
Post a Comment