Tips ini berdasarkan dari buku yang kami postkan dalam entry sebelum ini iaitu, "Get The Sugar Out".
Masih ingat lagi buku ini.
10 Tips Bagaimana Cara Buang Gula dari Dapur :
1. Cara paling senang adalah dengan cara memberhentikan penggunaan gula dalam makanan atau minuman anda.
- Karbohidrat seperti nasi putih, roti putih dan pasta akan ditukarkan kepada gula dalam badan dan akan mengganggu gula dalam darah dan sistem kawalan lemak badan.
Sumber Karbohidrat |
- Contohnya; ayam, daging, ikan, telur, kekacang, bijirin, sayuran dan buah-buahan.
4. Kurangkan pengambilan pemanis atau makanan yang manis walaupun yang semulajadi.
5. Berhati-hati dengan makanan Bebas Lemak.
- Kebanyakan pengeluar makanan yang memaparkan "Bebas Lemak" sebenarnya tidak menyatakan bahawa ianya adalah produk yang kaya gula.
6. Gantikan makanan yang semulajadi.
- Semakin banyak makanan diproses, semakin cenderung untuk menaikkan gula dalam darah.
7. Jadilah detektif makanan
- Ketahui maklumat penting makanan yang diambil contohnya; berapa grams gula dalam makanan, apa kandungannya, dan berapa manis makanan itu bagi anda.
Contoh label kandungan nutrisi makanan |
8. Makan untuk rasa dan nutrisi yang baik.
9. Dengar pada tubuh anda.
- Contoh, jika anda cergas pada permulaan selepas makan coklat tetapi dua jam kemudian anda rasa lesu, cepat marah dan tertekan, maksudnya badan anda ingin menyatakan sesuatu. Cuba elakkan pengambilannya yang membuatkan anda lebih baik dalam jangka masa panjang - mental, emosi dan fizikal.
10. Makan kerap tapi pemakanan yang seimbang.
Carta Pemakanan Seimbang |
Banyak lagi info yang membantu dalam diet seharian dalam buku ini. Moga perkongsian entry kali ini membantu diet anda. :-)
No comments:
Post a Comment