Friday, September 19, 2014

KEBAIKAN SUSU KAMBING

Susu Kambing antara minuman yang paling baik untuk diamalkan. Ini kerana susu kambing mengandungi pelbagai khasiat kesihatan dan kandungan nutrisinya adalah dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu.

Susu kambing kaya dengan pelbagai vitamin (vitamin B2, C, A, D, B12), kalsium, inositol, zat besi, karbohidrat, sodium, asid folik dan potassium.
Susu Kambing segar

SUSU KAMBING VS SUSU LEMBU

  • Susu kambing kurang alahan
  • Susu kambing adalah campuran sekata secara semulajadi
  • Susu kambing adalah senang untuk dihadam
  • Susu kambing sepadan dengan tubuh manusia lebih baik berbanding susu lembu
  • Susu kambing jarang sekali menyebabkan intoleransi lactosa


KHASIAT SUSU KAMBING

  • Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
  • Meningkatkan daya tumpuan, kepekaan dan ingatan
  • Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
  • Melancarkan sistem penghadaman dan masalah usus (gastrik, senggugut, ulser, buasir)
  • Merawat dan membantu penyembuhan penyakit kanser, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung
  • Membantu masalah demam kuning, asthma, penyakit kulit, insomnia, batuk kering dan gout
  • Membantu dan melegakan sakit kepala (migrain)
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (Tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf)
  • Memulihkan tenaga batin
  • Membantu untuk tampil awet muda
  • Merawat dan mencantikkan kulit

Thursday, September 18, 2014

ANUGERAH SEMULAJADI DARI ALAM - STEVIA

Hari ini kami ingin berkongsi dengan anda tentang keajaiban semulajadi stevia kepada manusia. 
Ini berdasarkan satu buku yang bertajuk
 "The Miracle of Stevia" dari James A. May.

Muka depan 
Banyak info menarik yang anda akan perolehi dalam buku ini.

Dari buku ini anda akan lebih mengetahui tentang banyak kegunaan stevia dengan lebih jelas.

Juga dikongsikan beberapa resepi daripada stevia dalam buku ini.

Buku ini sangat sesuai bagi mereka yang inginkan hidup sihat.

Semuanya bermula dengan STEVIA !





Wednesday, September 17, 2014

SARAPAN DENGAN PANCAKE DR.SWEET

Kali ini kami kongsikan satu lagi resepi yang mana sangat sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi iaitu Pancake Dr. Sweet.

PANCAKE DR.SWEET


Bahan-bahanya:
1/2 cawan tepung 
2 paket SureVia Stevia 

Ini SureVia yang digunakan







2 biji telur 
1 sudu besar krim berat 
1/3 cawan air 
2 sudu besar minyak untuk menggoreng

Cara-caranya: 
  1. Campurkan semua bahan-bahan (kecuali minyak) dalam mangkuk sederhana,. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali di atas api yang sederhana. 
  3. Masukkan adunan ke kuali dengan membuat pancake 3 inci. 
  4. Masak selama kira-kira 3-4 minit atau sehingga bahagian bawah pancake berwarrna perang   keemasan. 
  5. Pusing dan masak sebelah lagi sehingga perang keemasan. 
  6. Keluarkan dan hidangkan semasa panas.

Dah siap pun. Senang, Simple dan Sihat.
Mudah untuk disediakan dan enak dimakan sebagai sarapan bersama dengan keju dan madu.

Selamat mencuba~

Sunday, September 14, 2014

TIPS KELUARKAN GULA DARI DAPUR ANDA ?

Di sini kami ingin kongsikan 10 tips bagaimana nak "buang" gula dari dapur anda.

Tips ini berdasarkan dari buku yang kami postkan dalam entry sebelum ini iaitu, "Get The Sugar Out".

Masih ingat lagi buku ini.



10 Tips Bagaimana Cara Buang Gula dari Dapur :

1. Cara paling senang adalah dengan cara memberhentikan penggunaan gula dalam makanan atau minuman anda.



2. Singkirkan bahan karbohidrat dari dapur anda.

  • Karbohidrat seperti nasi putih, roti putih dan pasta akan ditukarkan kepada gula dalam badan dan akan mengganggu gula dalam darah dan sistem kawalan lemak badan.
Sumber Karbohidrat
3. Amalkan pengambilan makanan yang tidak diproses sepenuhnya oleh badan.

  • Contohnya; ayam, daging, ikan, telur, kekacang, bijirin, sayuran dan buah-buahan. 
4. Kurangkan pengambilan pemanis atau makanan yang manis walaupun yang semulajadi.

5. Berhati-hati dengan makanan Bebas Lemak.
  • Kebanyakan pengeluar makanan yang memaparkan "Bebas Lemak" sebenarnya tidak menyatakan bahawa ianya adalah produk yang kaya gula.
6. Gantikan makanan yang semulajadi.
  • Semakin banyak makanan diproses, semakin cenderung untuk menaikkan gula dalam darah.
7. Jadilah detektif makanan
  • Ketahui maklumat penting makanan yang diambil contohnya; berapa grams gula dalam makanan, apa kandungannya, dan berapa manis makanan itu bagi anda.
Contoh label kandungan nutrisi makanan

8. Makan untuk rasa dan nutrisi yang baik. 

9. Dengar pada tubuh anda.
  • Contoh, jika anda cergas pada permulaan selepas makan coklat tetapi dua jam kemudian anda rasa lesu, cepat marah dan tertekan, maksudnya badan anda ingin menyatakan sesuatu. Cuba elakkan pengambilannya yang membuatkan anda lebih baik dalam jangka masa panjang - mental, emosi dan fizikal.
10. Makan kerap tapi pemakanan yang seimbang.

Carta Pemakanan Seimbang
Banyak lagi info yang membantu dalam diet seharian dalam buku ini. Moga perkongsian entry kali ini membantu diet anda. :-)

Thursday, September 11, 2014

WHAT IS STEVIA & ITS BENEFITS?

As we know, stevia has more beneficial health effects to human. This video share the info about it.

Stevia is a great gifts from nature.

Wednesday, September 10, 2014

TEH DR.SWEET : PART 7 - KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN STEVIA


Pokok Stevia
Nama Tempatan : Stevia
Nama Saintifik : Stevia rebaudiana
Famili : Bunga Matahari (Asteraceae)
Nama lain : Teh manis, sweet leaf of Paraguay, honey leaf, sweet chrysanthemum, sweetleaf stevia, sugarleaf, caa-he-ee 
Asal : Amerika Selatan yang digunakan oleh puak-puak asli Guarani di Paraguay.
Kandungan : Daun stevia mengandungi dulcoside A & B, rebaudiosides A-E, steviolbioside and stevioside (yang menjadikan daun pemanis).


KEUNIKAN STEVIA

  • Pemanis semulajadi yang tiada kalori
  • Ekstraknya 300 kali lebih manis daripada gula
  • Stevioside tiada toksid
  • Tidak menyebabkan mutasi sel 
  • Tidak memberi kesan kepada kesuburan
  • Steviol tidak menghasilkan glukos

KEISTIMEWAAN STEVIA

# Kesihatan Rambut 
  • Bermanfaat untuk kelemumur, kulit kepala kering, dan rambut kusam, kering dan nipis.
  • Membantu mengekalkan warna rambut semulajadi dan kekuatan.
# Merawat Kulit
  • Agen penyembuhan yang luar biasa untuk gangguan kulit. 
  • Ciri antioksidan, antibakteria dan antiseptik boleh membantu masalah kedut, kecacatan kulit, dermatitis, ekzema, wabak jerawat, parut, ruam, gatal-gatal dan bibir pecah-pecah. 
  • Penggunaan secara langsung pada kulit terjejas boleh menggalakkan proses penyembuhan. 
# Menurunkan Berat Badan
  • Stevia boleh mengganggu fungsi hipotalamus dan membantu penurunan berat badan dengan menyekat rasa lapar.
  • Mengawal tahap glukosa darah yang merupakan salah satu punca utama berat badan. 
  • Berfungsi sebagai tonik untuk meningkatkan tahap tenaga mereka yang berjuang untuk diet.

**Hypothalamus adalah bahagian otak yang mengawal kelaparan, dahaga dan keletihan bersama-sama dengan fungsi-fungsi yang lain

# Menurunkan Diabetes
  • Menstabilkan paras gula dalam darah  
  • Menggalakkan pengeluaran insulin dengan menggalakkan kesihatan pankreas, menggalakkan penyerapan glukosa dalam darah, dan menghalang kandidiasis - jangkitan yis yang berkembang dengan gula. 
  • Menghalang keinginan untuk makanan manis dan berminyak atau berlemak. 
  • Stevia tidak dimetabolismekan oleh badan dan dikumuhkan dalam air kencing tanpa berkumpul dalam badan.
# Mengatasi Gingivitis
  • Membantu radang gusi, kerosakan gigi, kerosakan gigi dan sakit mulut. 
  • Menyekat pembangunan dan pembiakan organisma berjangkit di gusi dan gigi, menghalang pertumbuhan plak dan boleh meningkatkan kesihatan mulut secara keseluruhan. 
# Melegakan Pedih Hulu Hati & Pencernaan
  • Stevia boleh melegakan sakit perut, pedih hulu hati 
  • Meningkatkan pencernaan dan fungsi gastrousus.
# Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

# Mengatasi Osteoporosis
  • Stevia boleh membantu menggalakkan penyerapan kalsium dalam badan dan membantu meningkatkan kepadatan tulang.

KEGUNAAN STEVIA 

* Minuman ringan, kopi, kordial, jus buah-buahan dan lain-lain

Teh Dr.Sweet yang mengandungi stevia dan 7 herba lain

* Aiskrim, yogurt
* Kek, biskut, pastri, pai dan bakeri

Gantikan gula dengan stevia dalam kek

* Jem, sos, jeruk, jeli dan pencuci mulut
* Gula-gula

Gula-gula 

* Perasa, pewarna
* Ubat gigi, Pencuci mulut
* Penjagaan diri & kecantikan




KEBAIKAN POKOK AMLA KEPADA KESIHATAN

Perkongsian tentang kebaikan pokok Amla kepada kesihatan..
Amla memang terbukti banyak khasiat untuk kesihatan dan kecantikan.

Ambil masa sekejap untuk tonton video ini..


Moga ianya membantu anda untuk lebih sihat dan cantik !
Hanya Teh Dr.Sweet yang pertama di Malaysia menggunakan Pokok Amla sebagai teh.